moh terjah..!!

Chrome Like
on Google+
..
SocialPromoter. .

Jumaat, 4 Mei 2012

Buruan Oldskool Aku Yang Ke Dua Karenah bersamanya

My second collector..

Jeng jeng....kebanyak kan orang tak tahu yang aku ni memang 
hardcore dengan model Mitsubishi Lambda entah kenapa aku
pun susah nak menjelaskan secara terperinci..tuntutan nafsu kekadang

memang pelik jangan sampai merosak kan diri sudah lah..so..
seterusnya aku nak berkongsi sedikit tentang 'Kereta Jahat' aku
yang berjaya di buru sekian lama dulu,dah hampir setahun berada
dalam tangan aku..

Al kisahnya..jentera ini sebenarnya amatlah menyedihkan dan owner asal yang
menjual Lambda ini dah putus harapan untuk menyelamatkan keadaan Lambda
ini,memandang kan beliau mempunyai seekor lagi Lambda yang lebih inzal
untuk di belai..maka di laporkan tuan asal ini mencari la penyelamat yang
sudi menyelamatkan status kereta jahat ini..jika tidak,beliau tak mahu berfikir
panjang melainkan dengan lapang dada akan scrap kan untuk muktamadkan
segala masalah yang ada..

Bermula disini tanggal 25/5/2011 persiapan untuk membawa pulang 'madu' si
mysweet..kena pinjam 'kasut' my sweet untuk sementara waktu memandangkan
kasut kereta jahat yang bakal di bawa pulang terlalu uzur untuk berjalan jauh,demi keselamatan
alternatifnya 'kasut' mysweet jadi mangsa..
Bagi mengelak sebarang risiko yang tidak di ingini berlaku di dalam perjalanan yang
jarak nya hampir atau lebih 400 kilometer ini cara yang terbaik..

Projek ini sebenarnya adalah projek perkongsian bersama dengan adik aku,
mungkin dia pun teringin tengok aku main Oldskool rasanya..dia pun nak
merasa azab main Oldskool yang bukan senang macam main kereta-kereta
model baru..aku sekadar tolong sikit-sikit apa yang patut..

26/5/2011
Perjalanan di teruskan..aku pulang ke kampung halaman untuk ambil adik aku
di Gerik Perak...ketika dalam perjalan terjadi sesuatu dugaan dan tak jangka sama
sekali nak [berlaku].. memang menguji kesabaran betul..perjalan di teruskan dengan kereta
my mom..dan selamat sampi ke KL tanpa sebarang masalah.

Ini waktu awal pergi merisik khabar kenal-kenal dulu dengan owner dan bercerita lanjut
berkaitan jentera Jahat ini..owner memang mesra habis boleh di bawa berbincang..
cuci mata di bawah..gambar-gambar ini belum dapat menceritakan segalanya..
tidak sama seperti kita melihat sendiri di depan mata


 Kondisi dilihat dalam gambar memang cemerlang tapi berbeza jika di lihat dengan
mata kepala sendiri banyak yang kena bikin kembali,body,lantai,bendul,grill,lampu
dan pelbagai lagi perlu di repair..enjin rasanya masih sihat walaupun belum
sihat sepenuhnya..boleh kata belum cukup sifat 100%..apa yang penting menyelamatkan 
dahulu dari di lupuskan itu adalah modes tujuan utama..


Si black bad car..Owner nak mempertahankan si hitam ini sahaja,itu pun masih lagi dalam
proses upgrade..katanya beliau terpaksa untuk korbankan demi menyelamat si hitam
memandangkan kedua-duanya memerlukan dana yang besar untuk di baik pulih
sepenuhnya,seboleh-bolehnya beliau nak mempertahankan kedua-duanya.

Sesi menukar kasut..kasut lama di jamin tak akan sampai ke destinasi di sebabkan
tapak yang sudah kehausan dan kritikal untuk perjalanan jauh.

Selepas memastikan enjin dalam keadaan bersedia kitaorang terus bergerak dalam
keadaan berjaga-jaga memandang kan roadtax kereta ini sudah tamat tempoh..
kira buat kering je laa...aku tak risau dengan polis trafik apa yang betul-betul
buat aku risau tentulah JPJ harapan tak bertembung dengan JPJ memang 
sangat-sangat di harapkan..ketika menyusuri jalan sebelum masuk ke highway
mengikut laluan yang di set GPS jalan shotcut dan paling mudah..
entah macam mana ada sesuatu yang membuatkan aku curiga pada bunyi enjin,
roger adik aku guna walkie talkie yang berada di depan suruh berhenti nak
pastikan apa yang tak kena..periksa enjin semua ok tak nampak ada masalah,
sebelum meneruskan perjalanan tetiba ada sepasukan anggota polis yang 
sedang meronda menggunakan motosikal tiga orang mungkin dia nampak
ada yang tidak kena pada kami,diorang pun berhenti dan bertanya..masa ini
aku dah sedikit cuak..dalam hati berkata..masalah dah datang adoii...kantoi sudah..
  • polis
  • : Assalamualaikum.. dari mana?
  • polis
  • : nak kemana?
  • polis
  • : jauh tu..kereta rosak ke..?
  • aku
  • : tak tau..tadi ada bunyi pelik..sebab tu berhenti cek,tak ada apa-apa pun..
  • polis
  • : kereta ada roadtax tak..?time ni aku dah cuak tak kan aku nak kelentong..
  • aku
  • : roadtax memang tak ada,tapi geran ada..sebab kereta ni saya beru ambil tadi sekarang nak on the way balik..
  • polis
  • : nak jalan jauh roadtax tak ada mana boleh macam tu.. mintak i/c,boleh saya cek kereta ni..
  • aku
  • : boleh.. tak ada masalah (dalam hati berkata jangan la dia bawak pergi balai..pergi balai jer ..sumpah memang panjang la cerita dia..lagi la semak nak jawab..) aku tak mau buang masa banyak-banyak terus bukak bonet belakang,pintu,selak karpet..aku nampak polis tu macam tak puas hati lagi..
  • polis
  • : boleh saya cek dalam bag pinggang kamu..dan keluarkan semua barang-barang dalam poket kamu jugak...bukan apa saya nak pastikan kamu tak membawa barang-barang larangan,saya harap kamu paham.
  • aku
  • : boleh-boleh..saya dah biasa macam ni..
  • polis
  • : kamu kerja apa..?
  • aku
  • : kerja sendiri..
  • polis
  • : kerja sendiri tu kerja apa..?
  • aku
  • :(#$&^%$ dalam hati la) macam-macam..bawak lori..sales online,proses soya..
  • polis
  • : oo..boleh sampai ke kereta ni..?
  • aku
  • : boleh kut..mintak-mintak tak ada apa-apa la..
  • polis
  • : macam mana korang boleh lalu jalan ni..?
  • aku
  • : (jalan ni memang sunyi tak ada kampung hutan keliling..aku pun tak ingat jalan apa) kami ikut GPS,nak masuk highway..
  • polis
  • : memang betul jalan ni(sambil dia bagi tau jalan ni terus saja jumpak simpang belok kanan..terus lagi jumpak simpang..bla bla bla..)..
  • aku
  • : kami memang ikut apa yang GPS tunjuk je..memang tak tahu pun jalan ni ke mana..?
  • polis
  • : ok..apa pun saya tak saman kamu (sambil dia bagi i/c dengan lesen aku) tapi kalau kamu jumpak polis lain yang tu saya tak tahu laa..pandai-pandai la kamu jawap nanti..berhati-hati sikit kereta tu tak ada roadtax..jadi apa-apa susah nanti..
  • aku
  • : Terima kasih tuan..(sambil aku dengan adik aku bersalaman dengan polis-polis ni) terus masuk kereta,start..bagi salam dekat polis terus pecut tak tengok belakang dah..selesai satu masalah...yang penting selamat syukur...dan teruskan perjalanan sehingga sampai di RNR tapah baru berhenti merehatkan enjin dan badan..letih siut..



 Lebih kurang satu jam kami berehat..meneruskan perjalanan yang masih jauh non stop meh..
di ringkaskan akhirnya sampai jua kami ke destinasi lebih kurang jam 8.30pm drive
slow-slow..yang penting sampai dengan selamat..posing dua tiga keping terus park
kat garage..sampai la sekarang..kerana clucth habis terus betul-betul bernasib baik
dia bagi sampai ngam-ngam...adeeii..nasib tak habis time on the way..susah jugak tu..
walaupun preparation dah di buat..

Story ini terpaksa di tangguhkan untuk di publish di khalayak umum konon nya
nak buat kejutan di arena dunia Oldskool puuii...memandangkan dah terlalu lama

story ini terpaksa juga di publishkan tanpa sebarang kejutan,dek kerana keadaan dan 
kekangan masa yang terhad di tambah lagi dengan kekurangan dana untuk meneruskan
projek ini..mungkin mengambil masa lagi apa pun kesabaran sangat teruji..
sehingga sekarang ini dah ada empat orang yang cuba merisik,dari Pahang,dari KL,
dari kampung aku sendiri pun ada...buat masa ini belum betul-betul serius nak jual
walaupun ada terdetik perasaan nak mentalak kan..tapi perasaan sayang tu masih menebal lagi..tunggu je la nanti.

Itulah suka duka karenah Oldskool
~sekian~
*mamintusagurusta shiriues zie*

1 comment

4 Mei 2012 2:21 PTG

untung la berbini dua
hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lambdaspin Punya Lubuk

↑ Grab this Headline Animator

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cheap Dedicated Hosting [Valid Atom 1.0]